Mail tabung dan aktiviti bersama kawan2 part 6

Kehidupan di kampung adalah lebih selesa jika dibandingkan dengar tinggal di bandaraya yg penuh dengan kesesakan dan pencemaran udara dan lain-lagi..Di kampung,mail tabung bersama kawan2nya menjalankan aktiviti masa lapangya dengar pelbagai aktiviti yg berfaedah..Ibu dan bapa mail tabung membenarkan mail tabung menghabiskan masa bersama rakan2 rapatnya sahaja akan tetapi ada syaratnya..Syaratnya cukup mudah,mail tabung perlu menyiapkan kerja sekolah,mengaji dan membantu bapanya ke kebun/hutan...Hari itu
cuti persekolahan sudah pun bermula..

Jadi mail tabung tidak mahu melepaskan peluang untuk beriadah bersama2 dengan tiga sahabatnya itu..Lalu dengan pantas mail tabung meminta izin kedua ibu bapanya untuk bermain..Jadi selepas itu,mereka pn masing2 berpakat untuk main askar2..mail tabung menjadi ketua platun manakala yg lain mengikut arahan..Tiba2 sepol dagu hilang..pokjak yg mempunyai sikap yg cepat cemas mula membuat tanggapan yg kurang baik seperti membayangkan sepol dah dibaham harimau..Tidak lama selepas itu muncul sepol dagu dengan muka tersengih2nya itu.Mail tabung hanya tersenyum melihat gelagat 2 org sahabatnya itu...Mail tabung dan pokjak sibuk membuat khemah kecil manakala sepol dagu pula mengutip kayu2 untuk dibuat kayu api...

Setelah semuanya siap,mereka pn melihat hasil mereka memancing dan menahan pukat.."Wah banyak jugak ikan kita dapat mail "kata sepol kepada mail sambil bertepuk tangan...Kayu api sudah dihidupkan oleh sepol..Mereka mengambil peluang ini dengan membakar ikan.."Kalau macam nie barulah boleh jadi rambo"..Sampuk pokjak yg dari tadi tak habis2 nk bercakap walaupun mulut sedang mengunyah ikan..


Mail tabung dan kawan sepermainan part 5

Usia mail tabung semakin lama semakin meningkat..Setiap kali adanya ujian dan perperiksaan mail tabung memperoleh markah tertinggi dan sering mendapat tempat pertama di dalam kelasnya.Mail tabung tidak lagi ditertawakan malah mail tabung semakin ramai sahabat di sekolahnya dan ramai rakanya meminta mail tabung untuk mengajar mereka sesuatu matapelajaran yg tidak difahami di kelas.Mail tabung didik dengan sifat baik budi pekerti,bermurah hati dan tidak menyimpan dendam..itulah apa yg diasuh sejak kecil oleh kedua ibu bapa mail tabung dan dipraktikkan mail tabung sehingga kini.

Setelah selasai waktu persekolahan mail tabung menjalankan rutin hariannya membantu ayahnya mencari buloh dan akar kayu di hutan.Bila tiba waktu petang setelah selesai membantu ayahnya,mail tabung diberi kesempatan oleh ibunya untuk beriadah di hadapan rumahnya.Itupun setelah mail tabung menyelesaikan kerja sekolahnya dan juga selesai mengaji dan solat.Mail tabung mempunyai teman rapat sejak mereka kecil lagi.Keakrabpan mereka disenangi oleh ibu bapa masing-masing.Sahabat mail tabung juga senasib dengan mail tabung.Mereka juga hidup miskin dan ibu bapa mereka menyara mereka dengan mengambil upah menoreh dan membuat kerja2 kampung sahaja.

Mail tabung tidak habis2 dengan tabung bulohnya itu.Hari-hari bila sahaja mereka bermain mail tabung akan membawa tabung buloh yg dihadiahkan oleh bapanya itu..Jadi kawan si mail pun memberi nama mail kepada mail tabung..Disitulah bermulanya nama mail tabung..Pada mulanya mail tabung kurang bersetuju dengan nama yg sahabatnya berikan,tapi lama2 mail tabung suka pula dengan gelaran itu.Hampir setiap petang mail,pokjak duku dansepol dagu permain baling selipar,main lompat galah dan macam2 lagi permainan tradisonal.Tiga sekawan ini benar-benar terhibur setiap kali mereka bermain....."mail oh mail....masuk nak dah nak maghrib ni tak elok main kat tanah tu nak"..jerit ibu mail tabung meminta anaknya pulang ke rumah..

**************************SAMBUNG LAGI*****************************
LAIN HARI

Mail tabung di sekolah dan di rumah part 4

Mail tabung suka belajar dan mudah mendapat apa yg diajar oleh cikgunya..Selepas tamat sesi belajar di sekolah mail cepat2 pulang bersama akak2nya...Sampai sahaja di rumah..Mail terus mencapai tuala karat yg dikongsi bersama2 akak2nya..Diceduknya air di telaga tepi rumahnya yg dikongsi bersama jiran2 lain..Cepat2 mail tabung mandi dan bersiap untuk membantu ayahnya mencari akar kayu dan buloh di tengah hutan..Biasanya akar kayu yg dicari dibuat ubat tradisional dan buloh pula untuk dibuat rakit dan sebagai kandang untuk binatang ternakan.

Si ayah sedang asyik menebang pokok2 buloh dan mail tabung pula menyusun buloh..Dikerat-kerat kepada berberapa ukuran dan si bapa mengerat satu buloh itu kira2 paras lutut lalu diberikan kepada mail tabung...."nah mail ayah hadiahkan batang buloh nie tuk dijadikan tabung..Nanti kalau kamu ada duit lebih2 kamu boleh simpan dalam tabung nie..nanti senang masa tua xmacam ayah"..Kata si ayah kepada anaknyer sambil mengosok2 kepala mail tabung..


********************Mail tabung makin pandai********************

Bermula dari saat itu mail tabung bercita-cita untuk menabung dan berusaha mengubah nasib keluarganya..Mail tabung cukup sedih pabila mengenangkan nasib keluarganya..Dalam hati mail tabung,walau ape pun dia akan terus berusaha mencari wang untuk membantu keluarganya..

Mail tabung masuk sekolah part 3...

Sudah 7 tahun umur mail tabung..Mail tabung sudah pun melangkah ke alam persekolahan..Berkat kesungguhan Wan Sabri bapa kepada mail tabung,mail tabung mampu bersekolah bersama2 dengan akak2 mereka di sekolah rendah bukit rambai...Hari pertama mail tabung masuk ke kelas 1 murni,iaitu kelas ke 2 dari 3kelas pada waktu itu..Guru kelas mail tabung,Cikgu Zabedah meminta setiap murid memperkenakan diri mereka..

Sewaktu mail tabung memperkenalkan diri,rakan-rakan di kelas mentertawakan mail tabung kerana berpakaian compang camping dan bertampal di sana sini..Mail tabung terpaksa menempung perjalanan sejauh 4 kilometer untuk sampai ke sekolahya dengan berjalan kaki dan bersampan serta menempuh hutan2...Mail tabung tunduk ke lantai..Terasa sungguh malu apabila diperlakukan begitu..Tapi cikgu zabedah cepat2 memujuk mail tabung risau mail tabung menangis..

Sesi pembelajaran dimulakan dengan belajar mengenal huruf dan mengeja..Mail tabung hanya senyum melihat apa yg dipelajari hari itu kerana sebelum ini ibunya sudah mengajarnya mengeja,menulis dan mengenal huruf...Sedang asyik mail tabung sengih seorang di bangku kayunya itu,cikgu zabedah memanggil mail tabung"maillll kamu tersengih sorang2 tu kenapa???"tanya cikgu zabedah kepada mail...Terdengar gelak ketawa dari murid2 di kelas itu mentertawakan kerenah mail tabung..sekali lagi cikgu zabedah berkata kepada mail tabung..."hah mail kamu sengih-sengih tu kamu cuba sebutkan apa yg cikgu tulis nie"..Perintah cikgu zabedah..

Dengan lafaz bismillahirahmanirahim mail tabung menjawab.."itu A B C cikgu"....Lantas cikgu zabedah berkata kepada mail tabung "wah bagus mail..kamu sudah mengenal huruf A B dan C"..Lalu cikgu zabedah bertanyakan kepada mail tabung.."Mail siapa yg mengajar kamu??"...lalu mail tabung dengan nada lembut berkata "ibu ajar saya cikgu,ibu tak suka saya membazirkan masa begitu sahaja"..kata mail tabung sambil senyum hingga nampak lesung pipit..

"bagus mail cikgu suka dengan apa yg kamu katakan...murid2 beri tepukan untuk Wan Ismail" arah cikgu zabedah kepada murid-murid 1 murni..

************************SAMBUNG LAGI PART 4**************

Mail tabung seawal usia 4 tahun

Pandainya anak ibu..Kecil2 lagi sudah pandai mengaji..Kedengaran suara si ibu mail tabung di ruang tamu bersama dengan main tabung..Begitulah rutin kehidupan keluarga mail tabung...Hari-hari mereka di isi dengan aktiviti belajar dan menghafal..Si ibu,Ramlah binti bakar mendidik anak2 dengan ilmu agama dan juga ilmu membaca berkat dari didikan arwah bapanya..Ramlah tidak sekali2 membenarkan anak mereka membazirkan masa bermain di luar tanpa tujuan..Si Ramlah mengajar si anak dengan penuh rasa tanggungjawab serta kecintaan dalam ketegasan..

Mail tabung seakan mudah untuk menerima apa yg diajarkan oleh ibunya dan seakan mengerti bahawa pelajaran itu sungguh bermanfaat..Adik beradik mail tabung tak mampu untuk bersekolah pada setiap hari kerana kesempitan wang dan kemiskinan yg dialami..Kadang2 akak sulung mail tabung sanggup mengikat perut dan ponteng sekolah semata2 ingin memberi peluang kepada adik mereka makan dan ke sekolah.Ketika itu mail tabung masih lagi bergolek2 di ruang tamu bersama2 ibunya..Mail tabung masih belajar dengan ibunya belajar mengaji dan mengeja ABC dengan sebutan yg pelat2 manja..


*******sambung cerita time mail dah masuk sekolah***********

Hari2 yg ditempuh keluarga mail Tabung..part 1

Seawal 4 pagi,Wan sabri,iaitu bapa kepada mail tabung keluar untuk mengambil upah menoreh getah di Ladang getah milik seorang hartawan kedekut di Pekan Chalok Barat..Setiap hari Wan sabri mengambil upah
menoreh dari hartawan tersebut.Upah untuk menoreh untuk 1ekar tanah adalah berjumlah 60sen sahaja..Akan tetapi Wan sabri xpernah mengeluh tetapi dia berusaha jugak untuk mencari sesuap nasi dan demi bayi lelaki yg baru sahaja dilahirkan dan diberi nama wan ismail..

Selepas selesai,Wan Sabri pulang dengan berjalan kaki sejauh lebih 7kilometer dari ladang getah milik hartawan tersebut..Sesampainya Wan sabri ke rumah,si anak sudah bersorak girang menanti kepulangan ayahnya..Anak pertama wan sabri liana 8 tahun seakan sudah tahu yg ayahnya penat..Disediakanya teh panas tanpa gula kegemaran ayahnya.Nk beli gula xmampu..Teh pun diberi oleh jiran..Wan Sabri pergi menatap bayi lelakinya..Hilang segala penat menoreh pagi tadi..Sungguh dia terhibur dengan kecomelan mail tabung ketika masih bayi lagi...Hari silih berganti..tahun demi tahun nasib keluarga Wan sabri masih jua sama..

Saat2 Mail Tabung dilahirkan.....

Uweeekk...uweekkkkk.....Kedengaran suara tangisan bayi comel lahir ke dunia pada tanggal 12 september 1983..Di sebuah kampung yg jauh dari pekan kecil,bayi lelaki ini selamat dilahirkan oleh bidan kampung yg sudah 10 tahun berkhidmat di klinik desa kampung Chalok barat,Setiu terengganu darul Iman..Tiada apa yg lebih menggembirakan sepasang suami isteri apabila hasrat untuk memiliki seorang anak lelaki berhasil juga selepas hampir 5tahun menunggu..Maka si bapa dengan kesyukuranya memandikan bayi lelaki hasil perkongsian hidup bersama isteri yg sudah menjangkau usia 9 tahun..Laungan azan jelas kedengan di pondok usang milik keluarga ini..Hanya pelita yg menerangi kegelapan malam di kampung Landak..

Anak2 wan sabri girang apabila mendapat seorang adik lelaki..Mereka mencium2 pipi gebu adik mereka..Terpancar keserian pondok usang itu..Tatkala si anak sedang asyik menatap adik mereka yg baru lahir,si ayah termenung jauh merenung nasib hidup mereka 6 beranak...Dengan nada sesak,si ayah mengeluh tentang hasil yg kais pagi makan pagi,kasi petang makan petang..Si ayah terpaksa membanting tulang memerah keringat utk memberi sesuap nasi utk anak2 mereka..Direnungya wajah isteri dan anak2,Si ayah semakin kuat dan cekal untuk menyara keluarga mereka walaupun banyak dugaan menimpa...Tanpa berlengah,si bapa keluar ke rumah menghabiskan sisa2 kerja memotong kayu utk dijadikan arang untuk memasak..


Selamat datang ke blog buku cerita saya

Salam..Setelah sekian lama aku nk buat buku cerita sendiri dan akhirnyer hari ini berjaya jugak aku buat blog buku cerita..layanlah cerita2 yg menarik dalam blog aku nie..Cerita nie adalah rekaan semata2..Aku kasi sedikit sinopsis tentang cerita nie..Berkisahkan seorang lelaki yg kian meningkat dewasa..Bermula kisahnyer sejak lahir hingga ke sekarang..Diberi nama Wan Ismail Bin Wan Sabri..Menempuh pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang dia hidup dan kecekalan dalam setiap aper yg dia mahukan..Wan ismail atau diberi jolokan mail tabung oleh sahabat kampungnyer..Mail tabung nie seorang lelaki yg cekap,cute,peramah,touching kadang2 dan baik hati..Ikutilah permulaan cerita...Diharap korang layanlah cerita seposen dari aku nie k..