Mail tabung mula masuk tingkatan satu

Menjengah ke tahun baru 1996 maka usia mail mencecah 13 tahun.Selepas mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR,mail tabung bersama sahabat karibnya sharmila , sepol dan wadi duduk di kelas 1 Gemilang.Tidak sia-sia mereka menghabiskan masa untuk bersama-sama mengulangkaji pelajaran dan mengurangkan aktiviti bermain permainan kampung dan ia juga berkat doa kedua ibu bapa mereka juga untuk berjaya.Mail tabung berasa begitu gembira kerana apabila dia di tingkatan satu,akhirnya dia dapat menyarung baju dan seluar sekolah yang baru begitu juga beg dan kasut sekolahnya.Ini adalah hasil pemberian dari anak hartawan di mana tempat ayah mail tabung mencari rezeki.

Setelah loceng berbunyi maka tanda untuk semua murid-murid beratur di satu kawasan lapang untuk acara perhimpunan pertama.Seperti biasa guru besar memberi ucapan pendahuluan dan mengucapkan selamat datang kepada pelajar tingkatan 1 untuk tahun 1996.Pada perhimpunan itu,mail tabung terasa tiba-tiba sakit perut.Berpeluh-peluh muka mail tabung menahan sakitnya itu.Setelah rasa tidak tahan mail memberitahu kepada pengawas yang bertugas untuk dia ke tandas.Mujurlah pengawas membenarkan mail tabung ke tandas,kalau tidak masak mail tabung hendak menunggu sehingga selesai majlis perhimpunan.

Setelah selesai sahaja majlis perhimpunan,mereka masuk ke kelas dan duduk di meja masing-masing.Sempat lagi sepol dan wadi bertanyakan kenapakah dengan tiba-tiba mail tabung sakit perut.Mail tabung menjawab dia agak gementar kerana masih tidak biasa dengan situasi di sekolah barunya ini.Mendengar alasan mail tabung dengan pantasnya wadi dan sepol ketawa berdekah-dekah.

BANGUNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!Selamat pagi Cikgu...SELAMAT PAGI CIKGU!! "gamat kelas seketika dgn teriakan ketua kelas bernama Hafizi di ikuti pelajar-pelajar kelas 1 gemilang.Guru kelas yang bernama Nadhirah itu sangat cantik lagi muda membuatkan mail tabung ternganga seketika dan terpana dengan guru kelasnya itu.Tiba-tiba guru kelasnya itu menepuk meja, "puk puk" dgn tangan yang lembut...terkejut mail dibuatnya.."Ha awak siapa nama??Kenapa baru masuk hari pertama sekolah awak sudah terkhayal? "ermmm tak ada apa ceekkgu...nama saya Wan Ismail bin Wan Sabri...jawab mail tabung kepada guru kelasnya .. "Oooo Ismail..Jadi mahu saya panggil kamu Ismail la"tanya cikgu Nadirah.."ia cikgu boleh panggil saya mail " jawab mail tabung.

Pada saat itu mail cukup suka memerhatikan cikgu nadhirah yang mengajar matapelajaranBahasa Melayu.Pada hari itu adalah hari untuk memperkenalkan diri dan juga berkenalan antara satu sama lain begitu jugak untuk mata perlajaran lain.jam menunjukkan tepat 10.20 pagi,adalah masa untuk rehat.maka mail,sepul wadi dan sharmila bersama-sama berehat di bawah pondok kecil bersebelahan dengan kantin sekolah.Masing-masing membawa bekal. Mail tabung hanya membawa nasi dan telur goreng,manakala sepol membawa nasi berlauk ayam pedas,sharmila membawa nugget ayam dan wadi pula membawa nasi bersama lauk ikan goreng dan sedikit sayur.Mereka makan bersama-sama dan berkongsi lauk untuk saling merasa santapan rehat.

20 minit kemudian loceng menandakan sudah tamat waktu rehat kedengaran dan mereka terus masuk ke dalam kelas untuk sesi matapelajaran bahasa inggeris dan matematik.Setelah habis ke dua-dua matapelajaran itu maka sudah tamatlah sesi untuk hari itu.

Kisah Mail tabung kembali lagi

Assalamualaikum..Maaf sebab sekian lama tidak menyambung cerita tentang mail tabung akibat kesibukan kerja,bertunang,kawin dan lain2 lagi..Maka hari ini saya akan cuba meneruskan kisah mail tabung dengan setiap jalan cerita yang menarik dan jugak mendebarkan..tunggu...Tengah kerah otak..hehe

Mail tabung di larang keluar rumah..

Mail tabung di larang keluar rumah oleh ayahnyer disebabkan oleh kejadian yg menimpa mail tabung pada malam mail tabung bersama pokjak dan sepol untuk menyakat sharmila dan rakan2nya..Selepas ayah mail tahu kisah mail dan rakanya menyakat sharmila dan mail pula ditimpa musibah apabila kakinya terseliuh,ayah mail tabung terus melarang mail tabung dari keluar rumah dan pada malam kejadian juga,sesampainya mail tabung ke rumah terus mail tabung dirotan oleh ayahnya..Akibat terlalu berang dengan perangai mail tabung itu,ayahnya merotan sehingga mail tabung meronta2 kesakitan…”ayahhhhhhh sakitt mail janji mail xkan buat lagi ayahhh..”jerit mail tabung merayu-rayu kepada ayahnya tidak mahu dirotan lagi…

Ke esokkan harinya,mail tabung hanya dapat memerhati dari jendela pintu rumahnya melihat gelagat rakan2nya bermain konda kondi di luar rumah..Mail tabung hendak juga keluar bermain,akan tetapi mail tabung risau akan dirotan seperti malam semalam..Jadi mail tabung hanya memerhati dari luar..Ibu mail tabung kasihan melihat anaknya itu dengan kesan merah2 di badan dan kaki akibat dirotan oleh ayahnya..Kasih ibu hanya tuhan sahaja yg tahu…Ibu mail tabung memanggil mail tabung untuk menyapu ubat di bahagian yg dirotan itu..Mail tabung berjanji pada ibunya yg dia tidak sama sekali nakal dan ingkar dengan nasihat kedua ibu bapanya lagi..

Rancangan mengusik sharmila Part 2

Sepol terus merancang dengan teliti agenda untuk mengusik sharmila itu bersama dengan mail tabung dan seorang lagi kawan mereka...Jadi dengan berbekalkan telekong emaknya dan tepong komak sebagai pemutih muka,mereka terus mengusik sharmila..wahhhhh.....hiiiihiiiii hiiiiiiii....terus sharmila dan rakan2nya lari lintang pukang kerana ketakutan...mereka yg berjaya menakutkan sharmila dan rakan2 terbahak2 mentertawakan sharmila dan rakan2 sharmila..tiba2 sesuatu yg xdiduga muncul di belakang mail tabung dan kwan2nyer itu...Sepol yg tergelak2 tadi tiba2 terketar2 lututnya akibat ketakutan melihat satu lembaga besar yg menakutkan..
Dengan tanpa bicara lagi mail dan rakan2 terus melarikan diri tanpa arah tuju..mail tabung terjatuh dan kakinya terseliuh..sepol terus datang menarik mail tabung yg mengerang kesakitan...arghhhhhhh sakittt jerit mail tabung yg tidak tahan mengerang kesakitan..mereka lari juga walaupun dengan sakit dan menuju ke rumah wadi.Di rumah wadi,mereka berehat dengan mulut yg mencungap2 lelah mencari udara..
Ayah wadi yg terdengar suara mereka di luar terus bertanyakan aper yg sedang berlaku kepada mereka dan wadi terus menceritakan rancangan mereka mengusik sharmila..Ayah wadi hanya menggelengkan kepala dan memesan supaya mereka tidak mengulanginya lagi..Lalu ayah wadi terus mengambil minyak masak dan bawang putih utk mengurut kaki mail tabung itu..menjerit si mail tabung sambil menangis2 kesakitan..Puas sepol dan wadi cuba mententeramkan mail tabung..hari makin gelap dan mail tabung masih lagi di rumah wadi begitu juga si sepol..nasib baiklah mereka duduk berdekatan dengan rumah...mail tabung risau akan dimarahi oleh ibu dan ayahnya akibat kedegilanyer itu..
* Bersambung lagi

Rancangan sepol mengusik sharmila

"Cis aku ingatkan plan aper tadi,tapi ko nie bawak telekong ng bedak nie engkau nk buat aper ha sepol??"tanya si pokjak kepada sepol dengan perasaan yg mendesak..


Dengan segera sepol memberitahu tentang plan untuk menyakat budak2 perempuan selepas isyak..Si sepol nie sebenarnya ada perasaan dengan anak bilal kampung..Anak pak ripin iaitu syamila...syarmila seorang anak gadis yg comel dan cantik..si sepol duk terkinja2 nakkan syarmila..mail tabung pada mulanya kurang bersetuju dengan idea mail tabung..Tapi mail tabung dihasut oleh pokjak mulut becok tuk turut sama membuat kerja nakal..

selesai sahaja iman memberi salam,cepat2 3 sekawan membaca doa sendiri dan terus keluar dari surau yg usianya menjangkau 14 tahun..Surau yg kian dimamah usia..kedengaran jejak2 kaki 3 sekawan keluar...para jemaah hanya melihat gelagat tiga sekawan yg kadang2 menggelikan hati...Seperti yg dirancang,sepol menjadi mastermind dalam plan tersebut..

......................BERSAMBUNG...................

Aktiviti Malam mail tabung part 7

Mail tabung bersama dengan pokjak dan sepol mengambil keputusan untuk berkemas kerana hari sudah hampir ke petang.Takut mereka dimarahi ibu bapa mereka.Tanpa berlengah,mail tabung yg memang mempunyai bakat sebagai seorang ketua memberi arahan kepada sepol dan pok jak supaya berjalan mengikut arahan dan tidak membuat haluan sendiri tanpa berbincang.hampir 20 minit mereka berjalan kaki,dengan peluh dan baju yg kotor,mereka sampai ke rumah masing2..

sebelum masing2 pulang ke rumah,sepol memberi cadangan untuk pergi ke surau dan sepol ada rancangan yg baik utk mereka bersama...."Korang jangan lupa yerk malam nie kita jumpa dekat depan wakaf nie..20 minit dari sekarang..Lepas kita sembahyang Maghrib nanti,aku ada rancangan baik punya",kata sepol kepada rakan2ya..

Seperti yg dijanjikan,pokjak dan mail tabung sampai dulu ke wakaf..Tapi si sepol nie xmuncul2..Jenuh si pokjak dan mail tabung menunggu si sepol kepala gondol ni..5 minit selepas itu,sepol dengan termengah2 membawa sebungkus beg..Nampak sepol termengah2 jerk..Si sepol tanpa berlengah terus memberitahu plan yg sebenarnya..Tertunggu2 jugak si mail tabung dan si pokjak nie..Pokjak yg mempunyai sifat mulut becok dan xsabar mula memaksa sepol yg kadang2 sengal utk memberitahu tentang plan sepol..

Mail tabung dan aktiviti bersama kawan2 part 6

Kehidupan di kampung adalah lebih selesa jika dibandingkan dengar tinggal di bandaraya yg penuh dengan kesesakan dan pencemaran udara dan lain-lagi..Di kampung,mail tabung bersama kawan2nya menjalankan aktiviti masa lapangya dengar pelbagai aktiviti yg berfaedah..Ibu dan bapa mail tabung membenarkan mail tabung menghabiskan masa bersama rakan2 rapatnya sahaja akan tetapi ada syaratnya..Syaratnya cukup mudah,mail tabung perlu menyiapkan kerja sekolah,mengaji dan membantu bapanya ke kebun/hutan...Hari itu
cuti persekolahan sudah pun bermula..

Jadi mail tabung tidak mahu melepaskan peluang untuk beriadah bersama2 dengan tiga sahabatnya itu..Lalu dengan pantas mail tabung meminta izin kedua ibu bapanya untuk bermain..Jadi selepas itu,mereka pn masing2 berpakat untuk main askar2..mail tabung menjadi ketua platun manakala yg lain mengikut arahan..Tiba2 sepol dagu hilang..pokjak yg mempunyai sikap yg cepat cemas mula membuat tanggapan yg kurang baik seperti membayangkan sepol dah dibaham harimau..Tidak lama selepas itu muncul sepol dagu dengan muka tersengih2nya itu.Mail tabung hanya tersenyum melihat gelagat 2 org sahabatnya itu...Mail tabung dan pokjak sibuk membuat khemah kecil manakala sepol dagu pula mengutip kayu2 untuk dibuat kayu api...

Setelah semuanya siap,mereka pn melihat hasil mereka memancing dan menahan pukat.."Wah banyak jugak ikan kita dapat mail "kata sepol kepada mail sambil bertepuk tangan...Kayu api sudah dihidupkan oleh sepol..Mereka mengambil peluang ini dengan membakar ikan.."Kalau macam nie barulah boleh jadi rambo"..Sampuk pokjak yg dari tadi tak habis2 nk bercakap walaupun mulut sedang mengunyah ikan..